بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Tangan ini terasa sukar sekali menekan kekunci komputer untuk melakarkan kata..
Orang kata (nenek saya kata), "tak acu (cuba) tak tahu"
Beberapa jam yang lalu, saya sempat melihat 'newsfeed' di mukabuku..
Tertarik dengan gambar Syed Qutb yang di post kan oleh Dr Maza..
Namun, ketika itu saya hanya sempat melihat sekali imbas dan terlihat beberapa patah perkataan daripada deskripsi gambar yang sangat menarik..
Kira-kiranya berbunyi begini,
"“Matahari terbit, matahari juga tenggelam. Bumi pula beredar mengelilinginya. Kehidupan itu bercambah di sana dan sini. Setiap sesuatu itu terus bertambah."
Puitis dan sangat menarik bukan?
Ini gambar dan kata-kata versi penuh beliau yang saya petik dari fb page DrMAZA,
Ini gambar dan kata-kata versi penuh beliau yang saya petik dari fb page DrMAZA,
Sayyid Qutb sebelum digantung mati kerana perjuangannya, menulis surat kepada adiknya Aminah Qutb. Beliau antaranya menyebut:
“Matahari terbit, matahari juga tenggelam. Bumi pula beredar mengelilinginya. Kehidupan itu bercambah di sana dan sini. Setiap sesuatu itu terus bertambah. Ini bertambah pada bilangan dan jenis. Ia bertambah dari segi jumlah dan cara. Jika kematian itu dapat berbuat sesuatu, sudah pasti kehidupan (alam) ini terhenti. Namun kematian hanya kekuatan yang kerdil dan halus dibandingkan kehidupan yang besar, merata dan mendasar. Dari kekuatan Allah Yang Maha Hidup, kehidupan itu bercambah dan berkembang. Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad. Adapun, jika kita hidup untuk orang lain, iaitu hidup untuk sesuatu idea maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam. Ia bermula dari mana bermulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini..”

Betapa hebatnya cara fikir seorang mujahid islam seperti beliau. Tidak pernah gentar diasak musuh, malah menganggap kematian sebagai suatu fasa yang normal dalam hidup sebelum dibangkitkan kembali.
(Tidak pelulah saya mengulas kata-kata beliau itu, jika tidak entry ini akan menjadi sangat panjang.)
Saya merenung diri seketika. Terasa kata-kata ini adalah untuk saya. Ya, untuk saya.
Saya sangat merasakan tusukan tajam kata-kata ini ke dada saya.
Betapa kita manusia lupa, hidup kita bukanlah untuk diri sendiri sahaja.
Bila kebahagiaan kita diragut kita merasakan hidup sudah tidak bermakna lagi.
Bila saja masalah mendatangi hidup kita, kita merasakan cepat-cepat ingin bebas dari kemelut itu, seolah-olah tidak tertanggung lagi.
Mungkin saja timbul idea-idea ingin keluar dari dunia ini (bunuh diri, nauzubillahu min zalik).
Teringat cerita dari teman hidup saya dunia akhirat, ada seorang sahabat yang berpenyakit. Kerana tidak tertanggung lagi dengan ujian kesihatan itu, dia meminta izin untuk pergi berperang supaya mati dan bebas dari kesakitan itu. Namun, Rasulallah melarang dan mengatakan perbuatan seperti itu seperti bunuh diri.
(masih tidak dapat mencari nama sahabat tersebut)
Seorang mukmin itu tidak akan pernah bertindak seperti orang yang hilang akalnya ingin bunuh diri. (terjun bangunan, minum racun, gantung diri)
Namun, berdasarkan cerita sahabat tersebut, ini adalah penyakit yang sangat bahaya bagi seorang mukmin. Disangkanya perbuatan seperti ingin pergi berperang untuk bebas dari kemelut/ujian yang melanda bukanlah bunuh diri.
Jika jelas iman kita, kita pasti tidak akan terfikir idea-idea seperti ini kerana kita hidup bukan untuk diri kita, kita hidup untuk suatu misi yang besar. Kita hidup untuk diuji adakah kita benar-benar beriman. Kita hidup untuk menyampaikan risalah kepada diri kita sendiri dan orang lain. Kita hidup untuk kita bertemu Pencipta kita.
Namun, kematian itu pasti, ia adalah suatu fasa dalam kehidupan sebagaimana matahari terbit dan kemudain terbenam. Namun, terbenamnya dia (matahari) kerana menurut aturan Allah dan sunnatullah, jelas keimanan makhluk (bukan manusia) itu kepada Allah. Maka, begitulah kehidupan kita, moga terbit dan terbenamnya kita adalah dalam keimanan.
matahari terbit, matahari juga tenggelam
Ya muqollibal qulub, tsabbit qalbii ala' diinik.